Pages

Thursday, March 6, 2014

Chef Zam Kritik Hidangan Makanan Malaysia Airlines (Mas) Sebagai ‘Memalukan’?


Jika sebelum ini chef selebriti popular, Datuk Chef Wan mengkritik hidangan nasi lemak syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang dikatakan tidak lengkap dan telanjang, kini Chef Zam pula mengkritik makanan MAS.


Chef Zam menerusi akaun instagram nya menyatakan kekesalan beliau terhadap hidangan MAS yang disifatkan ‘memalukan’ memandangkan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosikan Malaysia sebagai ‘syurga makanan’ namun pengalaman pertama mereka menjamah makanan Malaysia tidak mencerminkan apa yang sepatutnya.


Menurut gambar yang dikongsikan, Chef Zam menulis:-



There is something terminally wrong with MAS food onboard. It is such a huge embarrassment not only to domestic passengers but most importantly to our foreign guests. How in the world can you promote this country as a food haven when their very first encounter with our so-called ‘cuisine’ is this ridiculousness?? It really embarassingly undermines the government’s effort i.e. MATRADE, Tourism Malaysia and the likes spending hundreds of millions of tax payers’ hard-earned money every year trying to paint a glorious picture of our cuisine to the world. Some people up there MUST go NOW!!  @Malaysia_airlines @Malaysiaairlines


Makanan ini dikatakan dihidangkan dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Ia sepatutnya hidangan nasi putih dengan asam pedas ikan tetapi dikhabarkan ikan tidak ada dalam hidangan tersebut. Nasinya juga dikatakan ‘lembik’ dan sayur yang sedih, tanpa hidangan pencuci mulut.

Jika sebelum ini pihak MAS berjanji akan memperbaiki perkhidmatan makanan mereka selepas dikritik Chef Wan. Namun kini apa pula yang bakal mereka katakan.

p/s: sebagai makluman, bukan Chef Zam yang menggunakan perkataan ‘sial’. Sebaliknya dia memuat naik semula gambar instagram dengan kapsyen yang ditulis oleh orang lain iaitu orang yang dihidangkan makanan tersebut. Chef Zan hanya menulis kapsyen dalam bahasa Inggeris.



No comments:

Post a Comment