Pages

Saturday, March 8, 2014

[PANAS]: Isu Rampas Suami Orang, Rita Rudaini Sokong Liyana Manan


Ramai yang bersimpati dengan Liyana Manan isu Hanez Suraya yang dikatakan cuba merampas suaminya yang dikenali sebagai R. Menurut ibu kepada dua anak yang hanya dikenali sebagai Ana itu, Hanez dikatakan tidak menghormati dirinya sebagai isteri yang masih sah kepada R dan ibu kepada anak-anaknya selepas pelakon itu memuat naik foto kanak-kanak tersebut di laman sosial di samping mencanang hubungan cintanya sebelum ini.


Rita Rudaini tampil memberi sokongan kepada ibu muda tersebut dengan memuat naik gambar di laman Instagram miliknya menasihati wanita itu supaya bersabar dan terus tabah demi anak-anak.


Melihat kepada respon yang diterima menerusi foto tersebut, ramai peminat dan penyokong Rita turut sama memberi kata-kata semangat kepada Ana dan seakan mengerti perasaan wanita tersebut.




Mungkin Rita juga memahami perasaan Ana apabila pelakon jelita itu sendiri dilihat cukup kuat menghadapi dugaan sebagai ibu tunggal biarpun kes tuntutan nafkah anak-anaknya masih belum selesai sehingga kini.


No comments:

Post a Comment