Pages

Thursday, March 6, 2014

Sharnaaz Ahmad Luah Rasa Cinta Terhadap Nelydia Senrose?


Sebelum ini Qi Razali meluahkan perasaan cemburu melihat foto mesra Sharnaaz Ahmad dan Nelydia di laman sosial. Namun Qi dapat menerima hakikat bahawa ianya sekadar lakonan dan merupakan strategi untuk mempromosikan drama lakonan Nelydia dan Sharnaaz.


Admin fikirkan kontroversi berkenaan telah tamat, tapi sayangnya baru-baru ini timbul semula spekulasi yang kurang enak melibatkan ketiga-tiga mereka apabila Nelydia dilihat telah memadam hampir keseluruhan gambar Qi di laman Instagram tanpa diketahui sebab musababnya.

Ada yang berpendapat gambar yang dimuat naik oleh Sharnaaz baru-baru ini mempunyai kaitan rapat dengan isu gambar Qi dipadam.

 Selain itu, sumber-sumber terdekat juga mengatakan Sharnaaz dan Nelydia tidak hanya bercinta di dalam drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, malah di luar set penggambaran juga. Namun sejauh mana kebenaran cerita itu belum diketahui selagi tuan punya badan tidak mengesahkan perkara ini.


No comments:

Post a Comment