Pelakon jelita, Nur Fathia menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya
'buat perangai' ketika penggambaran drama bersiri "Ariana Rose" di
London baru-baru ini apabila didakwa menunjukkan sikap kurang disenangi
oleh krew produksi, malah turut dikatakan mempunyai masalah disiplin
serta gagal menghafal skrip sehingga menyebabkan Keith Foo terpaksa
menahan kesejukan akibat penggambaran berulang.
Dakwaan saya tidak berdisiplin dan buat hal di set penggambaran tidak
tepat. Saya juga tidak pernah tidak menghafal skrip. Sebaliknya untuk
memberikan yang terbaik, selalunya saya akan melakukan latihan dua tiga
kali.
Malah, ada juga berlaku salah faham berkenaan jadual penggambaran
kerana kami tidak tinggal sebilik. Tiada istilah saya lambat sampai
membiarkan Keith Foo kesejukan
Jelas Fathia lagi, mengikut kontraknya sepanjang di London, dia
dibenarkan berehat selama tiga hari, tapi kebanyakan masa rehat ditarik
balik untuk melunaskan penggambaran.
Sehingga tiba hari terakhir, saya terpaksa bertegas untuk meluangkan
masa bersama adik perempuan saya sebelum menghantarnya pulang ke Dublin.
Lagipun penggambaran untuk promosi drama "Ariana Rose" sudah dibuat
pada malam sebelumnya.
No comments:
Post a Comment