Sebuah portal hiburan baru-baru ini ada mendakwa prestasi seorang
pelakon lelaki popular merudum gara-gara teman wanitanya sering datang
menjenguk ke lokasi penggambaran. Biarpun tidak menyebut nama pasangan
terbabit, namun ramai percaya gosip itu ditujukan kepada Zizan Razak dan
Emma Maembong.
Saya
rasa tak tahu nak cakap apa mengenai gosip ini sebenarnya. Kalau nak
ikutkan, ramai juga artis lain yang datang ke set penggambaran, bukan
saya seorang. Saya tak faham kenapa boleh timbul cerita sebegini yang
mengatakan orang yang dimaksudkan adalah saya dan Zizan
Saya mengaku ada datang lokasi Zizan,
kira-kira dua atau tiga kali. Tapi perkara itu tidak kerap. Kalau saya
datang, tidaklah sampai mengganggu kerja atau perjalanan penggambaran.
Saya datang pun waktu rehat makan dan sebagainya. Saya pun pelakon, ada
kerja saya sendiri. Banyak lagi perkara yang harus saya selesaikan. Isu
macam ini tidak patut keluar. Saya rasa sudah-sudahlah
Gosip antara Zizan dan Emma nampaknya semakin berpanjangan.
Bermula daripada gosip bercumbuan, bersambung kepada gosip berkunjung
ke rumah dan kini gosip datang ke lokasi pula. Adakah ini satu percubaan
sabotaj daripada pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan
mereka kerana kedua-dua mereka kini sedang mendaki tangga populariti?
Saya
tidak berani komen. Saya tidak tahu siapa, saya tidak tahu mengapa,
saya tidak tahu apa motif dan niatnya. Kalau niat tidak baik, tidak
mengapalah. Tapi bagi saya, tidak baik memghukum orang sebarangan tanpa
usul periksa
Mengulas
mengenai keadaan Emma dan Zizan yang kini lebih terbuka dalam bercerita
mengenai hubungan mereka, Emma ada penjelasannya tersendiri.
Rasanya
saya sudah terangkan pada semua mengapa kami masih tidak mahu mengaku.
Bukan tidak mahu, tetapi saya fikir logik. Kalau saya besarkan cerita
mengenai perhubungan, saya sendiri tidak tahu apa yang bakal jadi pada
keesokkan harinya. Pada awal kemunculan saya, saya bagitahu pada semua
yang saya ada teman lelaki. Tapi apabila perhubungan itu tidak menjadi,
ramai yang menghukum saya
Sekarang,
saya mahu elakkan kontroversi perihal perhubungan. Kalau nak cakap saya
sorok, saya rasa saya tidak sorok. Kalau saya betul-betul mahu
berkahwin dan serius, baru saya akan mengaku bahawa dia adalah teman
lelaki saya
No comments:
Post a Comment