Pages

Friday, March 7, 2014

[GOSIP]: Nur Fathia Nafi Buat Perangai Di London



Pelakon jelita, Nur Fathia menyangkal dakwaan yang mengatakan dirinya 'buat perangai' ketika penggambaran drama bersiri "Ariana Rose" di London baru-baru ini apabila didakwa menunjukkan sikap kurang disenangi oleh krew produksi, malah turut dikatakan mempunyai masalah disiplin serta gagal menghafal skrip sehingga menyebabkan Keith Foo terpaksa menahan kesejukan akibat penggambaran berulang.


Dakwaan saya tidak berdisiplin dan buat hal di set penggambaran tidak tepat. Saya juga tidak pernah tidak menghafal skrip. Sebaliknya untuk memberikan yang terbaik, selalunya saya akan melakukan latihan dua tiga kali.

Malah, ada juga berlaku salah faham berkenaan jadual penggambaran kerana kami tidak tinggal sebilik. Tiada istilah saya lambat sampai membiarkan Keith Foo kesejukan

Jelas Fathia lagi, mengikut kontraknya sepanjang di London, dia dibenarkan berehat selama tiga hari, tapi kebanyakan masa rehat ditarik balik untuk melunaskan penggambaran.

Sehingga tiba hari terakhir, saya terpaksa bertegas untuk meluangkan masa bersama adik perempuan saya sebelum menghantarnya pulang ke Dublin. Lagipun penggambaran untuk promosi drama "Ariana Rose" sudah dibuat pada malam sebelumnya.


No comments:

Post a Comment