Pages

Monday, March 3, 2014

Nur Fathia Dirasuk Makluk Hhalus Di Istana Budaya



Dengar khabarnya pelakon jelita, Fathia Latiff dirasuk makhluk halus ketika sedang berada dalam pementasan teater Bidasari malam kelmarin.

Menurut teman lama kepada portal ohbulan, dia mendakwa melihat sendiri perubahan pada Fathia yang semakin lemah dan tidak bermaya ketika pementasan teater Bidasari sudah berlangsung hampir satu jam.

Katanya, kru produksi yang menyedari keadaan itu segera menarik Fathia keluar dari pentas dan ditukarkan dengan pelakon lain sebelum pementasan dihentikan selama 15 minit untuk berehat.





Di belakang pentas pula, Fathia dikatakan menjerit-jerit histeria sehingga menakutkan beberapa pelakon yang lain.

Dari satu sumber rapat lain, sehari sebelum teater Bidasari dipersembahkan, kru pentas mendakwa telah melihat Fathia sedang mengamuk di atas pentas pada jam 2.10 pagi, namun, selepas diselidiki, rupanya Fathia sudah pun pulang ke rumah lebih awal.






Cerita kru pentas itu menimbulkan ketakutan dan pelbagai pertanyaan daripada kru produksi lain dan juga pelakon-pelakon teater. Apapun, sebaik-baiknya kita tunggu sahaja penjelasan sebenar daripada Fathia Latiff samada benar atau tidak dirasuk makhluk halus.

Untuk pengetahuan, Bidasari adalah pementasan teater berlatarbelakangkan zaman klasik dan dahulukala. Pelakon asal karya ini yang diadaptasi dari filem arahan Datuk Jamil Sulong ialah seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan Tan Sri Jins Shamsudin.


No comments:

Post a Comment