KUALA TERENGGANU : Dek kerana amarah, seorang remaja lelaki tergamak
memukul ibunya sendiri dengan batang besi dalam satu kejadian pada 12
Februari lalu. Bagaimanapun, tindakannya itu akhirnya membawa padah apabila berjaya
ditangkap dan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini,
semalam.
Berdasarkan pertuduhan, remaja berusia 16 tahun itu didakwa dengan
sengaja menyebabkan cedera kepada ibunya yang berusia 45 tahun dengan
sebatang besi, kira-kira jam 2.10 petang di sebuah rumah di Kampung
Pengadang Baru, di sini.
Dengan itu, dia didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjarakan selama tempoh sampai
tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan
itu.
Majistret, Rozianti Mohamed Hanaphi kemudiannya membenarkan tertuduh
dijamin RM2,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu laporan
akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 23 Mac depan.
Pendakwaan dikendali Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna.
No comments:
Post a Comment