Pelakon popular Erra Fazira meminta agar dirinya tidak
dikaitkan dengan mana-mana lelaki selepas timbul gosip yang mengatakan
dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan Menteri Wilayah Persekutuan,
Datuk Seri Tenku Adnan Tengku Mansor.
Tolong jangan kaitkan saya dengan mana-mana lelaki hanya kerana dengar
gosip. Saya tiada masa untuk berfoya-foya. Selalunya, Januari atau Februari adalah masa untuk saya bawa
kakitangan bercuti, namun disebabkan terlalu sibuk, saya tidak sempat
berbuat demikian. Jadi, bila masa untuk saya jalin hubungan, sedangkan diri sendiri pun saya tidak cukup masa
Sementara itu, Tengku Adnan menerusi kenyataannya semalam turut
menafikan sekeras-kerasnya gosip tersebut dan berkata, beliau bahagia
dengan perkahwinannya sekarang.
No comments:
Post a Comment