Selepas dua tahun merancang, niat pelakon Lana Nodin untuk mengerjakan
umrah tercapai apabila telah berangkat ke tanah suci pada 28 Februari
lalu dengan ditemani adik lelakinya.
Pemergian Lana juga turut disertai oleh teman baik iaitu pelakon Lisdawati dan suami, Fauzi Nawawi.
Tiada apa yang saya minta kecuali dikurniakan kesihatan yang baik
untuk saya dan ahli keluarga. Selain itu, saya juga memohon bertemu
jodoh dan dimurahkan rezeki. Semoga doa saya ini akan diredhai Allah
S.W.T
Menerusi akaun Instagramnya, Lana turut berkongsi beberapa foto ketika
berada di Madinah sebelum berangkat ke Mekah. Admin mendoakan agar
Lana memperoleh ibadah yang mabrur di sana.
No comments:
Post a Comment