Pages

Tuesday, March 4, 2014

[PANAS]: Isteri 'R' Tunjuk Bukti Hanez Suraya, Suaminya Pergi Bercuti


Isteri kepada kekasih pelakon Hanez Suraya yang dikenali dengan R, Liyana Manan tampil menyangkal kenyataan aktres itu yang mengatakan suaminya duda kerana sehingga kini tiada surat cerai yang diterimanya.


Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai? Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkan saya masih isteri R yang sah

Jelas Liyana lagi, dia juga mempunyai bukti percutian mereka di Bangkok, Thailand ketika menyambut hari jadi suaminya. 

Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada saya. Dia melihat saya dan suami okey, tetapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hane. Tidak lama selepas itu saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka. Sebelum ini saya mendiamkan diri tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah.



Tegas Liyana, dia juga menafikan dirinya membuat fitnah seperti yang didakwa oleh bintang drama "Autumn Dihatiku" itu.

Kalau saya nak menyebarkan cerita, saya boleh buat sejak tahun lalu tapi saya ambil langkah berdiam diri. Saya ada bukti dari awal lagi. Saya buat kenyataan ini kerana wartawan mencari saya, bukan saya cari wartawan. Saya rasa sudah sampai masanya saya bercerita hal sebenar daripada masyarakat terus mendengar pembohongan Hanez.

Dulu saya dan suami bermula dari bawah dalam mengusahakan syarikat pembinaan bersama. Susah senang kami bersama. Tapi adatlah manusia apabila sudah kaya-raya, saya dicampak ke tepi. Saya berhenti kerja dan meninggalkan apa yang diusahakan bersama

Dalam pada itu, Liyana turut memberitahu bahawa sejak dia tidak tinggal sebumbung dengan suaminya, suaminya juga sudah memberi nafkah kepada anak sehingga dia terpaksa bekerja untuk menyara anak. Pada masa sama, Liyana turut menyuarakan rasa kecewanya apabila diperlakukan seperti patung bernyawa.

Apa perasaan Hanez jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa. Mungkin ini hari saya esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolonglah hormat perasaan saya selagi saya masih bergelar isteri R.


No comments:

Post a Comment