Pelakon
Zain Saidin meluahkan perasaan gembiranya bahawa isterinya iaitu aktres Rozita
Che wan berkemungkinan besar sudah mengandung.
Zain,
30, berkata, sehingga kini dia masih belum lagi mendapat keputusan daripada
pihak doktor dan sekiranya benar Rozita mengandung, dia menyifatkan ia sebagai
sebuah hadiah hari lahir (pada 23 Februari lalu) yang terbesar pernah
diterimanya.
“Jeng..jeng..jeng..
Mungkin (Rozita mengandung). Nak kena buat pemeriksaan doktor dahulu jika ada
‘orang baru’ akan sertai kami sekeluarga atau tidak. Tetapi jika benar,
kiranya berita itu satu hadiah buat saya dan semestinya isteri,” katanya.
Zain
berkata demikian selepas ditanya mengenai apakah hadiah yang diberi oleh Rozita
bersempena dengan hari lahirnya 23 Februari lalu.
Bagaimanapun
sehingga kini Zain tidak mengulas lanjut mengenai hadiah yang diterimanya
sebaliknya lebih teruja menunggu keputusan doktor yang mungkin bakal merubah
status diri sebagai seorang ayah. Masih terlalu awal lagi. Nanti saya
beritahu jika keputusannya positif. Doakan kami,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment