Pages

Sunday, March 2, 2014

[GEMPAR]: Hanez Suraya Rampas Suami Saya - Liyana Manan


PELAKON Hanez Suraya tidak pernah lepas dihimpit kontroversi. Jika sebelum ini dirinya dikaitkan dengan cuba meniru penampilan Fazura, kini Hanez dikatakan telah merampas suami orang.


Sebelum ini, Hanez menolok dakwaan yang dia merampas suami orang yang dikenali sebagai R dengan memberitahu kekasihnya itu berstatus duda anak dua dan bukan lagi suami orang.

Memetik sumber, Berita Harian, Liyana Manan isteri kepada R telah tampil memberikan kenyataan dari pihaknya berhubung status rumah tangga mereka sekaligus menjelaskan kesan kehadiran Hanez dalam hubungan mereka.

“Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kena Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu, sedangkan saya masih isteri R yang sah.”

“Apa tujuannya, mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup cukuplah maruah saya disiat siat!”

“Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah tapi apa yang dapat saya katakan konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya.”

“Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu, sedangkan rumah tangga kami berantakan baru sahaja enam bulan. Bermakna, rumah tangga kami lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya.”


Liyana Manan juga menunjukkan beberapa keping gambar percutian suaminya bersama Hanez Suraya ke Bangkok, Thailand untuk meraikan ulangtahun kelahiran jejaka itu sebagai bukti hubungan mereka yang terjalin.





“Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula tolong hormat perasaan saya selagi saya bergelar isteri R.”


Untuk menjelaskan isu ini, Hanez bakal mengadakan sidang media mungkin Rabu ini. Sebelum ini sidang media terpaksa ditunda ekoran peguam Hanez berada di luar negara.


No comments:

Post a Comment