Menerusi
kenyataan Marsha kepada media tidak lama dahulu, jejaka yang berusia dua
tahun lebih muda darinya itu dipercayai seorang ahli perniagaan dan
berasal dari Pulau Pinang.
Bagaimanapun
pada hari Ahad lepas, Marsha dipercayai sudah kembali solo berdasarkan
kepada rakaman video yang dimuat naik oleh Michael Ang di Instagram
berserta caption ‘Marsha putus cinta sekali lagi sebab BF EGO sgt semua nak tahu tapi bila masa dia semua tak bagitahu! Kesian! ANAK DARA TUA LA!’
Menerusi video
tersebut, pengarah drama itu bertanya kepada Marsha berkenaan status
hubungannya namun soalan itu dibiarkan tergantung sambil berkata ‘I think i am born to be an andartu kot.’
Walaupun baru
berusia 29 tahun, namun nampaknya sedikit sebanyak Marsha tetap risau
kerana masih belum berpeluang bertemu lelaki yang layak dijadikan suami.
Untuk
pengetahuan anda, Marsha pernah bercinta dengan Keifli AF3, selain
digosipkan dengan aktor Hans Isaac, ahli perniagaan yang dikenali
sebagai Mr. Z, anak VIP dan ramai lagi.
Jika benar
Marsha sudah putus cinta, rasanya tidak susah untuk selebriti kelahiran
Akademi Fantasi ini untuk mencari pengganti. Lagipun Marsha masih muda
dan cantik, pasti ramai jejaka di luar sana yang ingin
memperisterikannya.
No comments:
Post a Comment