Alor Setar : “Hati ibu mana tidak sebak apabila melihat anak yang
sebelum ini sihat dan aktif berubah sekelip mata. Selain menangis setiap
masa, Muhammad Nasrullah juga tidak lalu makan, malah sering muntah
apabila diberi susu,” kata Nur Shazira Mohd Salleh, 23.
Menurut Shazira, dia menyedari perubahan mendadak yang berlaku
terhadap anak tunggalnya berusia lapan bulan itu selepas mendapatkan
rawatan akibat dijangkiti ruam di sebuah klinik swasta di Jalan Sultan
Badlishah, di sini, Isnin lalu.
Katanya, selepas diberi ubat makan dan sapu dibekalkan klinik
berkenaan, badan anaknya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum
merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam
dan menggelupas.
Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah
apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu
sebelum ini.
Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia dan suaminya Khairul Nizam
Lebai Jusoh, 41, membawa anak mereka ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB),
di sini, untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk kepada pakar kulit.
No comments:
Post a Comment