Filem Cina tempatan, "The Journey" telah mencipta sejarahnya tersendiri
apabila berjaya mendapat kutipan tertinggi sekaligus memecahkan rekod
sebagai filem tempatan paling laris dengan mengutip sebanyak RM12.92
juta.
Selepas ditayangkan sejak 30 Januari lalu bersempena sambutan Tahun Baru
Cina, filem itu berjaya mengetepikan rekod yang pernah dicatatkan oleh
filem "KL Gangster" arahan Syamsul Yusof yang mengutip RM11.74 juta dan
filem "Ombak Rindu" yang mengutip RM10.9 juta pada 2011.
"The Journey" arahan Chiu Keng Guan merupakan sebuah filem yang
mengisahkan tentang seorang lelaki konservatif dikenali sebagai 'Uncle
Chuan' yang dipaksa menerima menantu berbangsa Inggeris.
No comments:
Post a Comment