Kematian
pembantu rumah warga Indonesia dan dua kanak-kanak di Taman Sri Putra, Sungai
Buloh malam semalam adalah akibat “luka kelaran di leher”.
Ketua
Polis Daerah Sungai Buloh Supritenden Junaidi Bujang berkata perkara itu
dimaklumkan kepada polis setelah proses bedah siasat selesai dijalankan pihak
Hospital Sungai Buloh jam 8 malam tadi.
“Pihak
hospital juga mengesahkan pembantu rumah berumur 30 tahun itu membunuh diri
kerana terdapat tanda-tanda awal cubaan membunuh diri seperti kesan-kesan
tikaman pada bahagian badan hadapan si mati.
“Terdapat
juga tiga kesan luka pada bahagian tepi leher kanan wanita itu sebelum dia
membunuh diri dengan mengelar leher sendiri,” katanya ketika dihubungi di sini,
malam ini.
Siasatan
polis mendapati pembantu rumah berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen
pengenalan diri dan mula bekerja dua tahun lalu menggantikan rakannya iaitu
bekas pembantu rumah keluarga terbabit.
Difahamkan,
wanita berkenaan dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan hidupnya
yang tidak bebas dan sentiasa berkurung di dalam rumah itu berikutan tiada
pengenalan diri selain merindui dua anaknya di kampung.
Dalam
kejadian sekitar jam 8 pagi hingga 6 petang semalam, dua kanak-kanak lelaki
berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut dipercayai dikelar pembantu
rumah mereka sebelum dia membunuh diri. Kejadian itu diketahui kira-kira
jam 6 petang selepas nenek mangsa pulang ke rumah.
Dia
menjumpai mayat cucunya yang berusia setahun enam bulan dan pembantu rumah
warga Indonesia di bilik pembantu rumah, manakala seorang lagi dijumpai di
tingkat atas.
Junaidi
berkata tiada sebarang kesan pecah masuk dan empat anjing peliharaan keluarga
berkenaan tidak menyalak ketika kejadian berlaku. –
No comments:
Post a Comment