Pages

Thursday, March 6, 2014

‘Borak’ Cinta Di Facebook Yang Meloyakan


STATUS Facebook bukan sahaja lucu dan ada yang merepek di Malaysia sahaja. Di luar negara juga tidak kurang perkara pelik yang berlaku berkenaan laman sosial ini. Status pelik ini biasanya berlaku disebabkan dua pasangan bercinta yang saling bertukar status dan komen sehingga kadang-kadang ia melibatkan perkara yang menjijikkan.

Di laman portal Huffingtonpost.com, disiarkan beberapa status Facebook yang kelakar dan menjijikkan berkaitan pasangan bercinta yang turut dikecam hebat pengguna Facebook di luar negara. Penulis memilih satu yang menarik dan pada masa sama amat meloyakan.


“Even aftar being with him 24/7 for so long. I still get sad when he leaves me for two minutes. I love being in love. Especially with such an amazing man,” menurut status itu. 

Maksudnya, “Biarpun saya bersamanya selama 24 jam tujuh hari seminggu, saya masih bersedih apabila dia meninggalkan saya berseorangan biarpun selama dua minit, saya suka berada dalam percintaan, khusushnya dengan lelaki hebat,”

Tidak lama selepas itu, kekasih wanita itu membalas status berkenaan yang lebih loya dari status tadi.

“Jenn, I’m in the bathroom five feet away, I’m almost done pooping, I’ll be right there,”

Maksudnya, “Jenn, saya di bilik air lima kaki dari awak, saya hampir selesai membuang air besar, saya akan ke sana sebentar sahaja lagi,”


Cinta itu mempunyai hanya dua orang sahaja dalam dunia mereka, tetapi pada masa sama mereka orang dari luar dunia mereka mengetahui tentang cinta mereka yang kadangkala tidak sesuai. –

No comments:

Post a Comment