Bekas isteri Chef Wan yang merupakan ibu kepada selebriti, chef Riz dan
Serina Redzuawan dikhabarkan diserang 'stroke' atau angin ahmar
beberapa hari lalu dan perkara tersebut turut disahkan Serina melalui
akaun facebook miliknya.
Menerusi pesanan ringkas yang dihantarnya kepada MH Online juga, Serina
mengakui masanya kini banyak dihabiskan dengan menjaga ibunya yang
sedang sakit itu.
Kami merasa agak sedih juga dan dia disahkan mendapat 'mild stroke'.
Sekarang saya menjaganya di rumah dan dia juga sedang membuat rawatan
fisioterapi. Terima kasih di atas doa dan sokongan
Kami di sini mengharapkan ibu Serina akan segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini.
No comments:
Post a Comment