Pages

Tuesday, March 4, 2014

[PANAS]: 'Jangan Dengar Sebelah Pihak Sahaja' - Hanez Suraya


PELAKON Hanez Suraya dikecam hebat oleh pengikutnya di laman Instagram ekoran dilanda kontroversi hebat ketika ini. Boleh dikatakan 8 dari 10 komen berbaur negatif dan cacian. Bukan sahaja melalui Instagram, malah komen dari para peminat dunia hiburan yang mengikuti perkembangan terbaru turut membanjiri laman gosip seperti yang anda baca ketika ini.


Memetik laporan portal GUA, Hanez Suraya berkata yang beliau tidak boleh memberikan kenyataan balas ketika ini dan meminta semua menunggu sidang media yang bakal diadakan selewat lewatnya Rabu ini.

“Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah”

“Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka”

“Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya,” jelas Hanez Suraya.

“Saya ada hak untuk menyekat sesiapa yang bertindak memberikan komen yang melampau dan keterlaluan. Saya terima semua komen dan hujah yang diberikan dengan positif. Apa yang kurang, saya akan perbaiki,” tambah pelakon ini lagi.


No comments:

Post a Comment