Menerusi akaun Instagramnya, MH Online kongsikan foto-foto menarik sekitar majlis cukur jambul cahaya mata kedua kepada pengacara, Marion Caunter dan suami, SM Nasarudin yang berlangsung pada hujung minggu lalu. 
 
Marion yang baru melahirkan anak keduanya, Lana Rose pada 31 Oktober tahun lalu kelihatan jelita dengan persalinan putih, sedondon bersama suaminya. 
 
Pasangan ini telah diijabkabulkan pada 16 Disember 2010 dan dikurniakan anak sulung, Leia Rose pada Disember 2011.