Walaupun
dah lebih seminggu perceraian bekas Ratu Cantik Malaysia, Erra Fazira,
namun masih mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat.
Terkini,
bekas suaminya, Engku Emran telah memuatnaik foto anak mereka, Engku Aleesya
bersama Erra ketika mereka menunaikan Umrah satu ketika dulu. Foto
tersebut telah mendapat pelbagai respon dari peminat yang menginginkan pasangan
itu kembali bersama demi anak mereka.
Status
foto tersebut yang menggelar Erra sebagai syurga kepada anak mereka betul-betul
menyentuh hati peminat hingga ada yang meminta mereka rujuk semula. Selain
itu, ada juga peminat yang meminta mereka menunaikan umrah bersama-sama sekali
lagi dan berdoa di Jabbal Rahmah untuk menyatukan mereka kembali.
Jika
apa yang didoakan peminat ini menjadi kenyataan, kami pasti Engku Aleesya lah
yang paling gembira kerana tidak perlu lagi tinggal berasingan bersama ibu bapa
tercinta.
No comments:
Post a Comment