Pages

Tuesday, March 4, 2014

Hanez Suraya Pasti kekasihnya Bukan Suami Orang



Program 'Melodi' pada Ahad melaporkan bahawa Hanez Suraya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang dan dituduh menjadi perampas. Seperti semua maklum, Hanez kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan dan mereka sudah merancang untuk membawa hubungan mereka ke gerbang perkahwinan.  


Saya bukan perampas hak orang. Sekiranya saya perampas, apa buktinya? Jika tiada bukti, jangan tuduh begitu. Jika ada sebarang bukti, sila tampilkan. Sepanjang perkenalan saya dengan dia, apa yang saya tahu, dia bukan hak sesiapa. Jadi jangan tuduh saya sebegitu rupa. Jika tuduhan itu benar sekali pun, mungkin ada benda yang saya tidak tahu, tetapi apa yang saya pasti sepanjang mengenali dirinya, dia bukan milik sesiapa

Ketika ditanya adakah dia kecewa dengan perkembangan terbaru itu memandangkan dia sudah mengumumkan untuk menamatkan zaman bujang bersama lelaki itu, Hanez menjelaskan yang perkara ini tidak membuatkan dia melatah.

Sebelum saya mahu umumkan saya yang mahu berkahwin,  semestinya saya sudah fikir masak-masak. Benda ini tidak membuatkan saya melatah, saya tak mahu layan pun. Bagi saya, ada segelintir orang rasa susah hati apabila tengok kita bahagia. Saya pun kurang pasti apa masalah mereka. Saya mahu biarkan sahaja tuduhan ini. Makin saya layan nanti, semestinya makin menjadi-jadi. Apabila saya rasa kecewa mengenai tuduhan ini, semestinya pihak yang ingin melihat saya kecewa puas hati. Jadi saya enggan layan," ujar Hanez lagi.

Tambah Hanez lagi, keluarganya dan keluarga kekasihnya telah pun berjumpa dan berbincang perihal perkahwinan. Jika benar tuduhan mengatakan dia merampas hak orang, sudah semestinya keluarga Hanez tidak akan bersetuju dengan pilihannya.


No comments:

Post a Comment