Wak Doyok menafikan berlaku perselisihan faham
antara dirinya dengan penyampai radio ERA, Johan atau nama sebenarnya
Muhammad Yazid Lim.
Saya tidak ada masalah dengan dia malah hubungan kami okay saja. Saya tidak kisah dia nak cakap macam itu. Kami tidak mempunyai sebarang masalah dan mungkin dia hanya buat lawak sahaja.
Baru-baru ini, Johan menerusi segmen JoHaRa
Pagi ERA mempertikaikan siapa Wak Doyok untuk berjalan di atas karpet
merah di Anugerah MeleTOP ERA minggu lalu serta menempelak kononnya
jejaka berusia 34 tahun itu berpakaian tidak mengikut tema.
Saya
dijemput oleh ERA untuk menghadiri anugerah tersebut dan bukan datang
dengan suka-suka tanpa diundang. Saya tak minta pun untuk berjalan atas
karpet merah kerana saya hadir bagi menghormati jemputan pihak penganjur
yang mahu saya meraikan serta memeriahkan lagi suasana malam tersebut.
Lagipun
malam itu tak ada tema, jadi saya boleh pakai apa saja asalkan kena
dengan konsep sesebuah anugerah yang elegan. Saya tak menghina anugerah
itu melalui pemakaian saya malah saya hormat anugerah tersebut dengan
memakai pakaian yang sesuai. Saya juga tak berpakaian menjolok mata
kerana saya mahu memartabatkan suatu anugerah itu menerusi pakaian saya.
Apapun,
saya tak kecil hati dengan dia, malah saya bukan jenis yang penyimpan
(perasaan). Saya dah biasa dengan perkara sebegini kerana dari zaman
dulu lagi saya dah ada ‘haters’. Saya tak ada masalah mengenai isu ini
kerana ada juga orang menghina saya dengan bercakap fesyen dan gaya saya
seperti K-Pop berjalan di karpet merah
No comments:
Post a Comment