Pages

Saturday, March 8, 2014

[GOSIP]: Aliff Aziz: Dia Bukan Kekasih Saya, Foto Itu Ibunya Yang Ambil


Penyanyi Aliff Aziz akui wanita yang mesra bersamanya dalam foto-foto yang tersebar di laman sesawang baru-baru ini bukan kekasihnya, sebaliknya wanita berambut perang itu anak kepada rakan kenalannya. Aliff Aziz menjelaskan, foto itu diambil oleh ibu kepada wanita berkenaan ketika bersama rakan-rakannya yang lain di sambutan hari jadinya pada 19 Februari lalu.



Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama. Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan. Saya hormat dia dengan keluarga. Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah foto itu juga diambil oleh ibunya


Saya masih single dan sedang fokus pada kerjaya lakonan dan nyanyian kerana pada pertengan tahun ini saya akan muncul dengan album solo penuh. Saya akui memang rapat dengan Shazleen, tetapi hubungan kami sekadar kawan dan belum ke tahap yang lebih serius. 

Aliff kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jodoh untuk musim kedua. 


No comments:

Post a Comment