Tindakan
segelintir individu nakal mempermainkan beberapa selebriti cantik
berstatus janda dengan mereka-reka dialog lucu sebelum menyebarkan
gambar dan dialog itu dalam laman sosial sejak Isnin lalu, mengecewakan
aktres jelita, Nora Danish, 31, yang turut menjadi mangsa.
Selain
Nora, artis lain yang turut menjadi bahan usikan ialah Erra Fazira,
Rita Rudaini dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Usikan
itu mula timbul apabila Erra Fazira disahkan bercerai talak satu dengan
suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah,
Shah Alam, pada Isnin lalu.
Menerusi
Harian Metro, Nora menyelarkan tindakan individu berkenaan dan
memberikan amaran agar tidak memperlekehkan wanita berstatus janda,
seolah-olah membawa konotasi negatif dengan anggapan golongan ini mudah
didekati.
Jangan
sebab wanita itu janda, masyarakat terus label seseorang itu dengan
perkara kurang elok. Kami tidak pernah minta untuk diceraikan. Membawa
status janda itu sebenarnya sangat berat. Saya rasa, untuk wanita yang
diceraikan tetapi mempunyai anak, lebih elok dipanggil sebagai ibu
tunggal.
Kepada
segelintir peminat yang suka memperlekeh dan mempermainkan perasaan
orang lain, sudah cukup rasanya berbuat begitu, nanti terkena azab pula.
Bukan kita tahu apa balasan yang kita dapat masa akan datang.
No comments:
Post a Comment