Pelakon jelita, Hanez Suraya tampil memohon maaf
berikutan kenyataannya mengenai status kekasihnya yang dikenali sebagai R
baru-baru ini.
Saya dengan rendah hatinya ingin memohon maaf mengenai kenyataan berkaitan R seorang duda baru-baru ini. Saya tahu status dan cerita sebenar (perkahwinan R), tapi tak mahu membuka aib mana-mana pihak sekarang. Saya juga tidak ada hak untuk bercakap mengenai status dan hal
peribadinya melainkan ia datang daripada mulutnya sendiri. Apa yang
berlaku biarlah tuan punya badan yang bercakap sendiri. Tolong hormati
perkara itu
Tambah pelakon berusia 29 tahun itu, dia tampil memohon maaf ini adalah bagi mengelakkan salah faham berlanjutan atas kenyataan terdahulu.
Sementara itu, Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz yang sepatutnya mengadakan sidang media semalam berkata, dia terpaksa menunda sidang media tersebut ke Rabu atau Khamis depan atas sebab-sebab tertentu.
No comments:
Post a Comment