Bekas isteri kepada pengacara dan penyampai radio, Jimmy Shanley, Nur
Suhaila Eliani Suhaimy, memberitahu mahkamah bahawa bekas suaminya itu
tidak mampu menjaga anak mereka dengan baik dalam prosiding yang
dijalankan di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam,
Mawardi Che Mat.
Zahra Rania Shanley, 3, yang masih terlalu muda menjadikan hak bermalam
tidak sesuai diberikan kepada bekas suaminya di samping bimbang anaknya
trauma jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
“Dia pernah dimasukkan ke hospital gara-gara penyakit yang dihadapi
sejak Oktober 2012,” ujar Nur Suhaila Eliani memberitahu mahkamah,
anaknya turut mengidap penyakit Bronchiolitis iaitu penyakit yang
menyebabkannya demam, batuk, selesema dan sesak nafas.
Dalam pada itu, Suhaila turut mempersoalkan cara bekas suaminya
meluangkan masa memandangkan lelaki itu bekerja di stesen radio UFM pada
setiap Rabu dan Khamis bermula jam 6 hingga 10 pagi.
Pun begitu, Suhaila tidak menafikan hak Jimmy melawat dan bersama- sama
anak mereka pada masa yang dipersetujui iaitu 10 pagi sehingga 6
petang. Prosiding dijalankan di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Mawardi Che Mat ditangguh sehingga 21 Mei depan.
No comments:
Post a Comment