‘KU sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari..’.
Perumpamaan ini barangkali sesuai untuk menggambarkan perkahwinan
beberapa selebriti tanah air yang berakhir dengan penceraian.
Biarpun tiada siapa yang mengharapkan perkahwinan yang dibina atas
dasar cinta akan terlerai akhirnya, namun siapalah kita untuk melawan
suratan. Mari kita lihat antara selebriti yang bercerai bagi 2013.
Rita Rudaini
Selepas hampir dua tahun prosiding perceraian dibicarakan, Aidil Zafuan
telah menceraikan Rita Rudaini Mokhtar, 37, dengan talak satu.
Biarpun telah bercerai, konflik mereka dilihat masih berterusan apabila
Rita kini menuntut nafkah yang sepatutnya daripada Aidil.
Enot
Dikhabarkan Enot telah memfailkan perceraian terhadap suaminya di
Jabatan Agama Islam Kajang, Selangor, setelah diibaratkan digantung
tidak bertali. Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah mendirikan
rumah tangga pada 21 November 2008.
Sebelum itu, Enot juga pernah berkahwin dengan seorang lelaki dan
bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan tersebut, Enot dikurniakan dua
anak iaitu Andria Balqis, 12 dan Ariana Qaseh Qistina, 6.
Benjy
Pelakon yang mencetuskan kontroversi kerana pernah didakwa atas tuduhan
kes dadah, Khaery Benjamin atau Benjy sah bercerai talak satu dengan
isterinya Safiya Stephanie Kar-Leng Lee di Mahkamah Rendah Syariah.
Perceraian ini adalah kali kedua selepas pasangan itu bercerai dan
rujuk semula lima tahun lalu. Mereka mendirikan rumah tangga sejak 2004
dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia 7 tahun.
A. Aida
Pelakon dan penerbit A.Aida telah bercerai dengan suaminya Deputi
Superintendan (DSP) Suffian Sulaiman dengan talak dua di Mahkamah
Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 2 Mei lalu.
Pasangan itu bercerai secara baik dan bersetuju menjaga anak tunggal bersama, namun hak jagaan kekal diberikan kepada Aida.
Aida dan Sufian bernikah pada 20 April 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rahul, 4.
Noniswara
Ikatan perkahwinan yang dibina selama lima tahun antara Noniswara dan
Datuk Rosman terputus di tengah jalan apabila pasangan ini bercerai
secara taklik.
Nonis membuat tuntutan cerai selepas suaminya meninggalkan rumah kelamin sejak 5 September 2012 selain tidak memberi nafkah.
Pelakon berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil
perkahwinan pertamanya dan Rosman pula yang sebelum ini berstatus duda
mempunyai lima anak daripada perkahwinan terdahulu.
Zahnita
Model terkenal Zahnita Dorothy Hussein Wilson mengakui yang beliau
sudah memfailkan tuntutan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan
suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor pada 18 November lalu
selepas lapan tahun berkahwin.
Mengakui rumah tangganya bergolak semenjak penghujung 2011, Zahnita dan
suami telah menghadiri kaunseling sebagai langkah untuk menjernihkan
keadaan. Namun, sayangnya semua usaha itu tidak berjaya.
No comments:
Post a Comment