Nampaknya
cara Syamsul Yusof dan Johan As’ari sama. Masing-masing dikatakan berdoa di Mekah.
Johan As’ari sebelum dikatakan melihat bayangan Lana Nordin ketika berdoa di
depan kaabah. Namun cinta express meraka hanya bertahan tak sampai
sebulan.
Syamsul
juga memberitahu bahawa ada juga berdoa di Mekah dan hanya nampak Puteri Sarah.
Namun berlainan dengan Johan, Syamsul terus menghantar keluarganya merisik
Puteri Sarah. Calon suami pilihan bukan?
Kata
ibunya, Syamsul menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah selepas pulang
daripada mengerjakan umrah di Makkah pada 28 Disember lalu. Syamsul
memberitahu bahawa dirinya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas
berdoa di Tanah Suci dan yakin Sarah adalah pilihan terbaik untuk dijadikan
isteri.
Kata
Syamsul sepanjang berdoa di Makkah dia hanya nampak Sarah sebagai calon
isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu. Sekembalinya
dia dari umrah dia menyatakan hasratnya dan sebagai ibu sudah tentu saya berasa
gembira dengan keputusannya itu
Menrut
laporan, majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan tiada sebarang majlis
pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah. Menurut
ibunya lagi, Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun
pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu.
No comments:
Post a Comment