Pages

Tuesday, January 14, 2014

Usah Pertikai Kredibiliti Saya! – Pak Nil


Mimbar Pencetus Ummah telah melabuhkan tirainya apabila PU Hafiz dinobatkan sebagai juara. Namun timbul desas-desus tidak enak melibatkan juri profesional iaitu Datuk Aznil Nawawi. Ibarat ‘rumah siap, pahat masih berbunyi’, kemunculan pengacara berpengalaman, Datuk Aznil di pentas akhir program itu menjadi pertikaian hebat.


Ada juga segelintir peminat kurang selesa dengan komen-komen yang telah diberikan khususnya kepada finalis yang berasal dari Pulau Pinang, PU Shahul. Namun Datuk Aznil cepat memberikan respons tentang isu ini. Kata beliau:-

Saya tidak berniat untuk mengkritik kerana itu hanyalah cadangan saya apabila sepanjang tempoh satu minit setengah itu, finalis berkenaan hanya menjerit dalam penyampaiannya. Bukankah penyampaian itu lagi indah dan cantik sekiranya tona suara itu direndahkan dan diselang-selikan dengan pujian serta humor.

Bagi orang Islam, mungkin ianya tidak menjadi masalah, namun bagi orang bukan Islam dan dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan agama, mungkin perkara itu boleh menakutkan mereka

Datuk Aznil juga memberitahu semasa menjadi juri rancangan tersebut beliau tidak menyentuh bab agama atau mana-mana dalil. Skop juri beliau hanyalah merangkumi pengucapan awam dan persembahan.

Saya ditugaskan untuk memberi pandangan mengenai pengucapan awam dan dalam persembahan sahaja. Sepanjang tempoh itu, saya tidak sentuh langsung mengenai dalil atau mana-mana hal agama kerana ada juri profesional agama yang lebih layak dilantik.

Malah, masyarakat tidak perlu mempertikaikan kredibiliti saya di dalam tugas itu kerana pengalaman saya dalam bidang ini lebih 24 tahun


Bagi anda yang menonton rancangan tersebut, anda boleh nilai sendiri bagaimana Datuk Aznil memberi komen terhadap peserta-peserta.


No comments:

Post a Comment