Pages

Sunday, January 19, 2014

[PANAS]: Liza Abdullah Failkan Perceraian


Pelakon Norliza Abdullah telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Zolkifli, Rabu lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat.

Dipetik dari mStar, pelakon berusia 52 tahun yang hadir bersama peguamnya turut mengemukakan saman di mahkamah bagi membolehkan suaminya yang kini berada di Johor Baru untuk hadir bagi sebutan kali pertama kes berkenaan pada 5 Februari depan.


Liza yang berkongsi hidup dengan Zolkifli selama 26 tahun telah dikurniakan empat orang anak iaitu Zulhaffiz Zarriq, 25, Nur Naffiz Syahiddah, 21, Zulsyahmi Naqib, 12, dan Zulsyahmi Afif, 10.

Liza merupakan bintang filem terkenal sekitar tahun 1980an menerusi filem-filem seperti "Ali Setan", "Pagar-Pagar", "Cinta", "Driving School" dan "Jejaka Perasan".


No comments:

Post a Comment