Pada 3 Jun lalu, Bollywood dikejutkan dengan kematian pelakon
"Ghajini", Jiah Khan yang ditemui mati di pangsapurinya di Juhu. Kes
tersebut kemudiannya disahkan sebagai kes bunuh diri.
Namun begitu, ibunya Rabiya tidak mahu mempercayainya dan ketekadannya
itu disebabkan oleh sepucuk surat tulisan pelakon tersebut yang ditemui
saudara perempuan Jiah pada 7 Jun, di mana isinya menjelaskan bahawa
Jiah memang berniat membunuh diri dan menyebut tentang kehamilan yang
telah digugurkannya.
Pada 10 Jun, anak lelaki Aditya Pancholi, Suraj yang merupakan teman
lelaki Jiah, telah ditahan polis untuk sesi soal siasat dan hanya
dibebaskan oleh mahkamah pada bulan Julai atas ikat jamin. Sehingga
kini, Rabiya masih yakin bahawa anaknya telah 'dibunuh' dan kes tersebut
masih belum selesai.
No comments:
Post a Comment