Pelakon yang semakin meningkat naik, Naz Zainal
menafikan khabar angin mengatakan dia kini ‘menaja’ atau kata lain menyara
hidup teman lelakinya yang juga seorang pelakon baru, Azwan Kombos.
Perkara ini terjadi berikutan orang di luar melihat kerjaya Azwan
yang tidak berapa menonjol dan tenggelam timbul jika dibandingkan dengan Nad.
Menjawab dakwaan itu, Nad menjelaskan kepada Harian Metro;
Istilah menaja (kekasih) tak wujud dalam prinsip diri saya. Kita tengah
bercinta, belanja pakai duit sendiri, tak perlu saya nak taja dia atau dia taja
saya. Apa orang nampak saya ini kaya dan berduit sangat ke sampai nak
taja kekasih pula? Saya nak tanggung belanja diri sendiri pun tak lepas, apa
lagi nak taja orang lain,” katanya lagi.
Nad menganggap segala gosip itu adalah lumrah yang perlu dilalui oleh anak seni sepertinya.
Sementara itu, Nad menafikan dakwaan yang dia bakal menggantikan Neelofa dalam rancangan Meletop. Ini kerana menurutnya, pengacaraan bukanlah minat utamanya sebaliknya lakonan akan terus menjadi nadi untuknya terus bergerak dalam dunia seni tempatan.
No comments:
Post a Comment