Pages

Wednesday, January 15, 2014

Rebecca Nur Al-Islam Tidak Berdendam



Pelakon jelita, Rebecca Nur Islam menyatakan dia mahu melupakan persengketaan dengan penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima dan mahu menjalani kehidupan dengan tenang dan positif.


Tiada apa yang saya harapkan tahun ini selain semua keluarga saya sihat, murah rezeki dan rumah tangga saya berbahagia selalu. Dari soal kerjaya pula, saya harap rezeki saya semakin murah. Tiada istilah dendam dan sebagainya. Apa yang berlaku, saya mahu lupakan sahaja. Saya mahu mulakan hidup baru dengan lebih positif

Tambah Rebecca lagi, walaupun dihambat dengan kontroversi mengenai isu pembayaran, dia tidak ada lagi mendengar cerita ada penerbit atau pengarah yang bimbang untuk mengambilnya bekerja.

Alhamdulillah tawaran masih ada dan bulan Februari ini saya akan mula masuk set penggambaran. Tapi projeknya tidak dapat saya dedahkan dulu kerana sepatutnya penggambaran bermula bulan ini, tapi saya minta tangguh kerana ada urusan penting bulan ini. Bagi yang biasa bekerja dengan saya, mereka tahu saya profesional dalam bekerja.


No comments:

Post a Comment