Baru
kira-kira setahun berada di negara ini, namun empat lelaki warga Pakistan yang
pada asalnya mencari rezeki dengan menjual permaidani sudah berani ‘naik
tocang’ dengan mengubah kerjaya menjadi penjenayah.
Rakus
mendapatkan wang dengan cara mudah, empat mat karpet itu nekad menculik seorang
guru lelaki dan mengaut wang tebusan RM10,000 daripada mangsa.
Sepanjang
menjadi tebusan, mangsa bukan saja dibelasah hingga cedera, malah seorang
daripada suspek turut meliwat lelaki berusia lewat 30-an itu.
Sumber
polis berkata, kejadian berlaku antara jam 7 hingga 8 malam sekitar Cheras pada
16 November lalu dan mangsa dikurung selama 36 jam di sebuah rumah berjaya
meloloskan diri.
Menurutnya,
selepas sebulan berlalu dan ketika keempat-empat suspek leka berfoya-foya
dengan wang tebusan, polis yang tidak berhenti memburu mencekup mereka. – HMetro
No comments:
Post a Comment