Kenyataan
Nedim Nazri yang menafikan dia akan melamar pelakon, Nora Danish pada
tahun ini mengundang pelbagai pandangan di kalangan peminat termasuklah para ‘haters’
mereka.
Bagi
yang berfikiran positif, mereka menganggapnya sebagai jawapan selamat bagi
mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari jika apa yang dirancang tidak
menjadi.
Namun,
pada masa yang sama, ada pula yang menganggap Nedim tidak serius dengan Nora
dan hanya mahu berseronok sahaja. Geram dengan komen negatif, ibu pelakon
itu, Salimah Talib bangkit mempertahankan kenyataan Nedim melalui laman
Facebook.
Ada
benarnya kata ibu Nora itu. Daripada memberikan kenyataan tergesa-gesa seperti
yang dilakukan oleh Johan As’ari terhadap Lana Nordin sebelum ini, lebih baik
Nedim dan Nora berjaga-jaga. Pendek
kata, selagi belum ada kata putus, tak perlulah mereka mencanang satu dunia
mengenainya. Betul tak?
No comments:
Post a Comment