Mahkamah Tinggi hari ini menambah tempoh hukuman
penjara yang dikenakan Mahkamah Sesyen ke atas bekas anggota polis berpangkat
Sarjan yang didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya
dua tahun lalu.
Hakim
Datuk Zamani Abdul Rahim menambah hukuman kepada 18 tahun daripada 12 tahun
yang dikenakan Mahkamah Sesyen pada Mei lalu terhadap Idrus Ayob, 56, setelah
beliau membenarkan rayuan pihak pendakwa.
Beliau
memerintahkan Idrus menjalani hukuman daripada tarikh jatuh hukum yang
ditetapkan Mahkamah Sesyen pada 3 Mei lepas.
Mahkamah
Sesyen mengenakan hukuman penjara 12 tahun ke atas Idrus selepas dia didapati
bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya di sebuah
rumah di Jalan Air Itam pada 18 Nov 2011.
Idrus
diwakili peguam bela Amirul Fairuzzeen Jamaluddin sementara Melissa Mohd Awal
bertindak selaku peguam pemerhati kepada keluarga mangsa. Pendakwaan
dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit. –BERNAMA
No comments:
Post a Comment