Pages

Tuesday, January 14, 2014

Azwan Kombos Malu Dengan Gosip 'Dibela' Nad Zainal



Baru-baru ini timbul gosip yang mendakwa kononnya pelakon yang semakin popular, Nad Zainal dikatakan 'membela' kekasihnya yang juga pelakon baru, Azwan Kombos. Berikut gosip tersebut, Azwan, 29, mengakui dia berasa malu dengan gosip tersebut kerana ia tidak benar dan boleh menjejaskan kariernya sebagai pelakon baru yang sedang mencari tapak dalam industri hiburan tanah air.


Saya ada rasa malu apabila timbul gosip sebegini. Bagi saya ia sebuah gosip yang tidak sihat dalam mengembangkan karier saya. Tetapi nak buat macam mana, saya terima dengan hati terbuka. Ada artis lain terkena gosip yang lebih teruk jadi saya tidak perlu nak melatah

Jelas Azwan, dia dan Nad mengamalkan konsep berkongsi dalam hal-hal perbelanjaan apabila keluar bersama.

Nad ada keluarga nak ditanggung, begitu juga saya. Jadi saya akui ada masanya Nad belanja saya makan dan kemudian saya pula yang keluarkan duit. Kami bergilir-gilir dan berkongsi untuk mengurangkan bebanan masing-masing

Dalam perkembangan lain, Azwan kini sedang sibuk dengan penggambaran drama "Jika Itu Takdir" yang bakal disiarkan di TV3 dan turut akan muncul dalam filem arahan Pierre Andre "Mukasurat Cinta" pada 16 Januari ini.


No comments:

Post a Comment