Jika
sebelum ini ibu Fasha Sandha, Hatijah Teh Man naik berang gara-gara
segelintir peminat Nora Danish yang dikatakan menghentam anaknya berkaitan
isu ilmu sihir. Namun kini Fasha pula berang? Kesabaran Fasha seolah-olah
dicabar apabila seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai telah
menghina ibu Fasha di laman sosial.
Menerusi
komen tersebut, individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibu Fasha
dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertua pelakon itu sendiri.
Menerusi
komen tersebut, individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibu Fasha
dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertua pelakon itu sendiri.
Individu
terbabit mula menyampaikan kata-kata negatif berkenaan Fasha dan keluarganya
sejak 7 bulan lalu sehinggalah Fasha bertindak membela ibunya
sendiri. Mungkin kerana terlampau berang, Fasha kemudiannya mendedahkan
nama pemilik akaun laman sosial tersebut berserta gambarnya bersama suami dan
anak-anak.
Akibatnya,
wanita pertengahan umur terbabit dipercayai telah memadamkan akaun Instagram
miliknya secara serta-merta. Ramai yang menyokong tindakan selebriti ini, namun
ada juga yang mempertikaikan perbuatannya kerana menganggap Fasha sengaja
membalas dendam dengan memalukan wanita berkenaan. Namun Fasha kembali
menjelaskan niatnya berbuat demikian hanya untuk memberi pengajaran sambil
mendoakan kesejahteraan wanita berkenaan
No comments:
Post a Comment