Pengarah
terkenal Syamsul Yusof sebelum ini dikatakan hangat bercinta
dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin walaupun timbul
kekecohan apabila bekas teman lelaki Puteri Sarah, Ammar Alfian
menyindirnya menggunakan Twitter.
Syamsul
dikatakan berang dengan kejadian tersebut. Namun Syamsul kemudiannya
bertindak berdiam diri daripada mengulas isu berkenaan mahupun hubungannya
dengan Puteri Sarah. Bagaimanapun dia dikatakan pernah mengakui kepada ibu
bapanya ingin mengakhiri zaman bujang pada hujung tahun lepas.
Kini
Syamsul Yusof hampir pasti bakal memperisterikan pelakon, Puteri Sarah Liyana
Megat Kamaruddin apabila ibu bapanya datang merisik, semalam. Datuk Yusof
Haslam dan isteri, dipercayai datang
merisik Puteri Sarah di kediamannya, berdasarkan berita dan gambar yang
dikongsikan di laman gosip Forum Cari.
Walaupun
dikatakan cuma merisik, namun pelamin digunakan seolah-olah sudah majlis
bertunang kan? Didoakan, semoga hubungan antara Syamsul dan Puteri Sarah
yang kini tampil manis bertudung akan berakhir di jinjang pelamin.
No comments:
Post a Comment