Masih ingatkah anda tentang perkahwinan pasangan
muda yang sebelum ini gempar? Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias,
20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu. Perkara itu
mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin
perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu.
Berhubung kejadian penceraian itu janda berusia
13 tahun, yang dicerai talak tiga 11 November lalu dinasihat membuat laporan
polis berhubung dakwaan dirinya dianiaya dalam perkahwinan. Polis akan membuka semula siasatan tentang kes
rogol remaja 13 tahun dari Kedah yang telah berkahwin dan bercerai dengan
lelaki yang dikatakan perogolnya, menurut Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani
Patail. Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, beliau membuat permintaan itu
kepada polis selepas mengambil kira keprihatinan orang awam terhadap isu itu.
“Saya sudah mengarahkan siasatan untuk dibuka
semula demi kepentingan umum. Saya perlu mengambil kira kepentingan umum juga.
“Apabila laporan polis dibuat tahun lepas, dua
diantara tiga suspek telah ditangkap. Suspek ketiga masih lagi berkeliaran
sehingga hari ini walaupun identitinya sudah diketahui oleh pihak polis,” kata
Abdul Gani dalam sidang akbar di Putrajaya.
“Di antara dua suspek yang ditahan, salah satu
daripadanya telah dikenakan hukuman di mahkamah dan mengaku bersalah. Dia
kemudian menghabiskan masa di pusat pemulihan Paya Terubong,” katanya.
No comments:
Post a Comment