Seperti
yang kita sedia maklum, Fasha Sandha dan Nora Danish sebelum ini
pernah ada masalah ekoran Fasha berkahwin dengan bekas suami Nora iaitu Jejai.
Namun semuanya sudah berlalu dan difahamkan hubungan Fasha dan Nora sudah pulih
dan dikatakan hubungan mereka menjadi rapat apabila saling menziarahi dan
sering memuatnaik gambar bersama.
Namun
timbul cerita yang kurang enak apabila ibu kepada Fasha, Hatijah Teh Man
dikatakan melenting dengan peminat Nora Danish. Menurut sumber Utusan, ibu
Fasha telah mengeluarkan kenyatan keras di akaun Facebook miliknya
disebabkan tidak tahan dengan komen-komen yang mengaitkan keluarganya
dengan ilmu sihir.
Ibu
Fasha Sandha, Hatijah Teh Man yang menggunakan nama Eja Sandha di laman
sosial itu melenting dengan sebahagian daripada peminat pelakon Nora Danish
yang dikatakan menghentam anaknya berkaitan isu ilmu sihir.
Malah,
di dalam statusnya itu juga, Hatijah membuat kenyataan bahawa Nora Danish
sendiri ada bercakap mengenai ilmu sihir seolah-olah mahu menuduh keluarganya
terlibat dengan amalan itu.
No comments:
Post a Comment