Aktres jelita, Nur Fathia mendedahkan bahawa pelakon
yang dikaitkan sebagai kekasihnya, Aiman Hakim merupakan seorang yang
setia dan mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya.
Sebelum ini ketika Aiman berlakon menerusi drama "Mahabbah" di mana
waktu itu dia masih lagi dengan bekas kekasihnya, saya dapat lihat
kesetiaan dirinya selain bersikap mengambil berat. Dia juga sering
bercakap tentang kekasihnya pada kru produksi dan sebab itu saya kata
dia seorang lelaki setia. Dia juga mempunyai ciri-ciri lelaki idaman
saya selain seorang romantik
Dalam pada itu, Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Latiff
bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai status hubungan mereka dan
hanya akan membuka mulut jika mahu berkahwin kelak.
Saya rasa selesa dengan cara itu. Apabila sesebuah perhubungan itu
tidak menjadi, tak ada la orang nak kata buruk mengenai perhubungan
cinta saya yang lepas. Pada masa sama, orang akan lebih tertumpu mengenai berita-berita kerja lakonan saya sahaja
No comments:
Post a Comment