Benarlah
kata orang, cinta itu buta. Bukan setakat buta, tapi pekak dan bisu juga. Ramai
wanita berdepan dilema, antara menurut kehendak hati atau bimbang dipandang
pelik. Lihat beberapa artis kita yang melalui saat bahagia itu. Abby Abadi dan
Farhan, Awin Nurin dan Izzue Islam, Maizawati dan Mohd Yassin Ben, Fiza Elita
dan Adam AF, Raja Azmi dan Eddie CRK, Ella dan Azhar (sekadar menyebut beberapa
nama). Mereka bahagia hingga ke hari ini, malah ada diantaranya bakal bergelar
ibu tidak lama lagi.
Isu
‘pilih pucuk muda bukan lagi isi’. Rasullulah SAW sendiri berkahwin dengan
wanita yang lebih berusia daripada dirinya iaitu Siti Khadijah.
Ada
sebab mengapa wanita berusia memilih jejaka muda sebagai pasangan hidup dan
tidak aneh bila si teruna sahut cinta mereka.
Jom
kita lihat beberapa artis kita yang berkahwin dangan seerang yang lebih muda
darinya:
Perasaan
kasih dan cinta hadir dalam jiwa dua insan ini. Ella, 44 dengan suaminya,
Azhar, 31. Perbezaan umur bukan satu halangan untuk bercinta. Mereka kini
bahagia dan sedang menanti kehadiran si comel dalam hidup.
Adam
AF, 30 tidak kisah status yang dipegang Fiza Halim, 32 iaitu janda anak dua.
Bagi Adam dia terpaut dengan Fiza kerana sikapnya yang lemah lembut dan
memahami dirinya.
Beza
8 lapan tahun tidak bermakna tidak boleh berkahwin. Itulah yang berlaku pada
ahli Forteen, Izzue Islam, 23 dan isterinya Awin -urin, 31. Meskipun kedengaran
cakap -cakap belakag, pasangan ini tetap mendirikan rumahtangga dan kini sedang
menikmati hidup dengan bahagia.
Riuh
satu Malaysia bila pelakon wanita popular, Rozita Che Wan, 42 akan berkahwin
dengan pelakon kacak Zain Saidin, 29. Hubungan yang sudah terjalin selama tiga
tahun, bakal ke jinjang pelamin juga. Perbezaan umur, 13 tahun bukanlah masalah
kerena mereka salin cinta mencintai dan selesa bersama.
Apapun
berbaliklah kita kepada ketentuanNya kerena jodoh pertemuan itu adalah
rahsiaNya. Kepada masyarakat, usah melihat itu suatu yang pelik, lebig penting
perkahwinan itu dibina atas rasa cinta dan saling menyukai antara pasangan.
Doakanlah mereka. Usia itu hanya angka, yang penting hati bahagia.
"....dan kini sedang menikmati hidung dengan bahagia." hmmm
ReplyDelete