Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh akui dia terpaksa
menunda pemergiannya ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah bersama
isteri dan keluarganya selepas lagu ciptaannya "In Love With You"
kolaborasi bersama Aizat Hamdan berjaya ke pentas akhir Anugerah Juara
Lagu ke-28 (AJL 28).
Sebenarnya tarikh penerbangan asal yang kami terima pada 20 Januari.
Kami dapat tarikh itu sebelum pihak AJL umumkan tarikh pertandingan
akhir. Sudah tentu saya akan memilih untuk menunaikan umrah tambahan pula ini
kali pertama kami pergi bersama dengan kedua belah keluarga. Jadi
semuanya terpulang kepada Aizat sama untuk teruskan atau tidak
Tambah Noh lagi, dia bersyukur kerana isteri dan keluarga memahami
situasi dan kariernya dan bersetuju menundakan tarikh umrah sehari
selepas malam akhir AJL 28.
Kalau ikutkan, saya memang tidak kisah untuk menarik diri, tapi Nina
dan keluarga menundakan tarikh penerbangan supaya saya terus bertanding. Tapi hati saya memang lebih teruja untuk tunaikan umrah.
No comments:
Post a Comment