Sebuah
portal tempatan yang mempersoalkan kejayaan penyanyi kebanggaan negara, Yuna.
Tambahan dengan pencalonan awal lagu Yuna dalam anugerah berprestij dunia,
Oscar, dan juga disenaraikan sebagai salah-satu daripada ’20 penyanyi yang
harus didengari’ dalam ‘Huffingtonpost.com’s top 20 artists’, memang semakin
banyak persoalan yang timbul.
Pihak
portal tempatan ini tertanya samada kejayaannya di Amerika Syarikat adalah
benar kerana bakatnya atau hanya kerana nilai eksotiknya?
Apa
yang dimaksudkan mereka dengan nilai eksotik adalah kerana imej Yuna yang
berhijab bersama gaya yang ‘funky’ dan mengikuti rentak fesyen dan membawakan
lagu berbahasa Inggeris dengan baik. Dengan penyebab utama di mana pernah
sebelum ini, 9/11 serangan ke atas Amerika Syarikat dikaitkan dengan Iraq dan
Afghanistan yang sememangnya mempunyai penduduk wanita yang berhijab dan
beragama Islam.
Jadi boleh dikatakan penduduk Amerika mempunyai
rasa tidak selesa dan ada yang menentang orang-orang yang beragama Islam di
negara mereka tambahan yang berhijab. Mereka ini digelar ‘Islamophobic’.
Disebabkan
ada pihak yang cuba memulihkan keadaan ini, maka kemunculan Yuna yang berhijab
dan beragama Islam ini dikatakan strategi pihak Amerika untuk menunjukkan
mereka ini bukan lagi ’Islamophobic’. Jadi, portal tersebut mempersoalkan
adakah benar Amerika membuka mata menerima Yuna kerana bakatnya atau sekadar
menggunakan strategi ini?
Mengakui
bahawa Malaysia kekurangan bakat-bakat yang bertaraf antarabangsa, maka Yuna
masih boleh dianggap sebagai seorang yang mempunyai pakej bakat, kerja keras
dan dedikasi untuk berkarya dalam bidang muzik walaupun bukanlah sehebat mana.
Pada
kami, elok untuk Yuna membawa karakter yang menunjukkan diri sebagai seorang
Muslimah walau jauh ke Amerika. Kalau memang benar sekali pun Amerika menerima
beliau kerana faktor lain dan bukanlah bakat, itu adalah nasib dan rezeki
beliau. Setiap rezeki sudah diatur Tuhan dengan cara yang berbeza. Dan mungkin
ini adalah cara rezeki Yuna diturunkan.
No comments:
Post a Comment