Pelantun lagu "Livin' la Vida Loca", Ricky Martin dan
pasangannya, Carlos Gonzalez disahkan telah berpisah selepas tiga tahun
menjalin hubungan cinta. Ricky dan Carlos telah bersetuju untuk mengakhiri hubungan mereka
tetapi akan mengekalkan persahabatan yang terjalin serta memori yang
pernah dilalui bersama
Pada November lalu, satu sumber memberitahu jarak jauh mungkin
menyebabkan pasangan ini berhadapan masalah dalam hubungan mereka. Mereka jarang menghabiskan masa bersama dan semakin renggang. Mereka sudah tidak bersama buat seketika.
Pasangan ini mula bercinta sekitar 2010 iaitu tahun yang sama Martin
mengumumkan dia adalah seorang lelaki homoseksual di laman sesawang
rasminya.
Saya berbangga mengatakan bahawa saya adalah lelaki homoseksual yang
bertuah. Saya bersyukur dengan diri saya yang sebenar. Saya telah melalui banyak perkara indah bersama pasangan saya. Kompleks, persefahaman dan pada masa yang kebebasan serta tidak takut sekiranya pasangan menilai anda. Inilah yang saya temui pada Carlos
Sebelum ini Martin pernah memuji pasangannya kerana sentiasa memberi
sokongan lebih-lebih lagi dalam membesarkan dua anak lelakinya, Matteo
dan Valentino, pasangan kembar yang dilahirkan menggunakan ibu tumpang
dan kini berusia lima tahun.
No comments:
Post a Comment