KOTA
BHARU – Seorang guru wanita mengalami igauan ngeri sepanjang hidupnya apabila
menjadi mangsa pukul dan gangguan seksual anak sendiri yang berusia 19 tahun. Mangsa
berusia 54 tahun yang menetap di Lorong LPP Lundang itu menjadi mangsa anak
lelakinya hampir setiap hari sehinggalah kejadian terakhir pada jam 6.30
petang, 21 Disember lalu.
Ketua
Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang
berada di rumah ketika itu diserang suspek dengan kayu penyapu. Tanpa
mengetahui puncanya, suspek tiba-tiba sahaja mengamuk dan memukul wanita
tersebut di punggung, belakang dan bahu kiri.
“Akibat
daripada itu, ibu suspek cedera dan luka dengan kesan lebam, sakit serta pedih
di bahagian yang dipukul suspek,” katanya kepada pemberita, semalam.
Suspek
sebelum ini sering kali berkelakuan dan bercakap perkara-perkara lucah terhadap
ibunya.
“Setiap
hari, remaja lelaki tersebut akan menunjukkan aksi perhubungan seks serta
pernah meletakkan tangan di atas dada dan punggung ibunya.
“Dia
juga kerap kali datang ke sekolah untuk meminta wang dan mengugut pengadu
menyebabkan pengadu ketakutan dan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap
tugasan seharian,” katanya.
Sudah
tidak betah untuk bertahan, wanita terbabit kemudian membuat laporan polis menyebabkan
pekerja kilang yang masih bujang tersebut ditahan bagi membantu siasatan,
menurut sumber Sinar Harian.
“Suspek
dipercayai penagih tegar dan ditahan reman mengikut Seksyen 324 dan 509 Kanun
Keseksaan,” katanya.
No comments:
Post a Comment