Pages

Monday, January 13, 2014

Michael Ang Kecewa Dengan Tuduhan 'Racist'



Pengarah dan penerbit drama popular, Michael Ang kecewa dan kesal dengan tindakan segelintir peminat yang menggelarnya rasis di laman sosial Twitter selepas dia dikatakan hanya membantu peserta berbangsa Cina dalam program "MasterChef Malaysia All Star


Mereka (penonton)menggelar saya bersikap perkauman hanya berdasarkan apa mereka lihat di televisyen, tapi mereka tak tahu bukan semua yang berlaku ketika pertandingan itu dimasuk dalam program. Padahal isu perkauman langsung tak wujud dalam kalangan kami (peserta). Kami tak pernah terlintas mengenai soal bangsa atau agama. Orang mengutuk begini memang berfikiran sempit

Tambah Michael lagi, tuduhan seperti itu adalah satu penghinaan terhadap dirinya yang aktif berkarya dalam industri drama Melayu.

Sebelum ini saya kena kutuk orang kata gemuk lah, lembut la saya tak pernah peduli tapi untuk tuduhan saya bersikap perkauman, itu melampau. Kalau saya saya begitu, saya tak perlu bersusah-payah buat drama Melayu dan bagi peluang pekerjaan kepada ramai artis Melayu. Saya berharap respon yang saya berikan terhadap kecaman itu akan membuka mata masyarakat yang berfikiran sempit


No comments:

Post a Comment